Advertisement
Kolej UiTM Sarawak---
Pengenalan
 


---
Pengenalan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 22 May 2009


UiTM Sarawak diwujudkan pada tahun 1973 dengan hanya menawarkan 4 program pengajian. Pada masa itu, UiTM Sarawak menumpang di Maktab Perguruan Batu Lintang. Dua buah bangunan kayu telah dijadikan sebagai Kolej Kediaman pelajar. Apabila bilangan pelajar dan keperluan ruang telah meningkat, pelajar-pelajar telah ditempatkan di beberapa bangunan dan rumah yang disewa di luar kampus.
 
Image
Kolej kediaman pertama UiTM Sarawak 1973-84


Pada tahun 1987, UiTM Sarawak telah berpindah ke sebuah kampus yang ditinggalkan oleh Universiti Pertanian Malaysia di Semenggok, 25 km dari Bandaraya Kuching. Semua pelajar telah ditempatkan di kolej kediaman di dalam kampus.

Image
Bangunan sewaan kolej kediaman 1973-84

Pada tahun 1989, UiTM Sarawak berpindah lagi ke Kampus UiTM di Semariang, 5 km dari Bandaraya Kuching. Walau bagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri Sarawak telah menawarkan sebidang tanah serta sanggup membina sebuah kampus yang lebih baik di Kota Samarahan yang dijadikan sebagai Bandar Ilmu. Terletak 25 km dari Bandaraya Kuching, selain UiTM Sarawak, di Kota Samarahan juga terletak Universiti Malaysia Sarawak, Maktab Perguruan Tun Abdul Razak, Institut Latihan Perindustrian, Pusat Latihan Bomba dan beberapa pusat latihan lain yang dalam perancangan.

Image
Dewan Makan kampus Samariang 1989-97
 
 
Di kampus sekarang, UiTM Sarawak mempunyai tiga buah kolej kediaman yang dinamakan bersempena dengan nama-nama gunung di Bumi Kenyalang ini iaitu Kolej Kediaman Seri Mulu, Kolej Kediaman Seri Gading dan Kolej Kediaman Seri Serapi. Selain itu, terdapat tiga buah kafeteria dalam kawasan kolej kediaman disediakan untuk kemudahan makan minum dan terbuka kepada umum.


Visi UiTM Sarawak

Menjadi sebuah universiti terbilang untuk membangunkan graduan Bumiputera berminda global sebagai agen perubahan yang efektif dalam membina masyarakat beretika, bijaksana dan progresif.


Misi UiTM Sarawak

Memberi pengajaran dan pembelajaran berkualiti dengan berpegang kepada prinsip pembelajaran sepanjang hayat menerusi teknologi terkini dan mengamalkan nilai kerjasama dikalangan staf, pelanggan dan masyarakat secara adil dan saksama.


Objektif Kualiti UiTM Sarawak


Ke arah Pencapaian Dasar Kualiti di atas, UiTMKS menetapkan objektif kualiti seperti berikut:

  • Memastikan setiap staf menjalani program pembangunan sekurang-kurangnya 56 jam setahun.
  • Mencapai peratusan tenaga pengajar dengan kelayakan PhD/profesional sebanyak 10% pada 2008.
  • Memastikan 30% daripada bilangan pelajar sepenuh masa tamat pengajian dengan HPNG melebihi 3.00.
  • Mencapai nisbah 1:15 bagi pensyarah:pelajar sepenuh masa pada 2006.
  • Mencapai penglibatan staf akademik dalam bidang penulisan, penerbitan ilmiah, penyelidikan atau perundingan satu untuk setiap staf akademik setiap tahun.
  • Mencapai 60% pelajar tamat dalam tempoh pengajian pada tahun 2007.



Piagam Pelanggan UiTM Sarawak
Kami menjanjikan:

  • Layanan mesra, segera dan tepat.
  • Kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang kondusif serta program bimbingan dan didikan bagi mempertingkatkan kualiti siswa dan siswi.
  • Suasana kerja yang praktis dan kondusif, serta program membangunan diri dan kerjaya di kalangan staf.
  • Khidmat kepakaran dan kursus-kursus latihan kepada agensi kerajaan dan swasta.
  • Program khidmat masyarakat secara berterusan.

Last Updated ( Thursday, 21 May 2009 )

 

--- Saturday, 19 April 2014
PANORAMA KOLEJ
kolej_sri_mulu.jpg
Unit Pengurusan NR


UNIT PENGURUSAN NR UiTM SARAWAK

Pengumuman
SIAPA DITALIAN
We have 2 guests online
Polls
Perkhidmatan 'Foodcourt' Seri Gading
  

Template by Unit Web & Hosting PSMB-UiTM  - Powered By MAMBO