Unit Pengurusan NR, Hal Ehwal Pelajar & Alumni diwujudkan bagi membantu pelajar Non-Resident untuk mendapatkan rumah sewa di sekitar kampus. Unit ini turut bertanggungjawab membantu kebajikan, keselamatan dan penyediaan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan dengan pelajar.
Objektif :
Mewujudkan sistem pengurusan yang mesra, kemas dan cekap dalam memberi perkhidmatan kepada pelajar Non Resident( NR )
Fungsi :
Unit Pengurusan NR memainkan peranan dalam usaha mengurus dan menjaga kebajikan serta menyelaras aktiviti pembangunan pelajar NR.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
1. Menyediakan ‘NR Directory’ untuk memudahkan pelajar mendapat maklumat rumah sewa.
2. Menyediakan maklumat dan garis panduan penyewaan dan panduan Kesedaran Awam untuk pelajar NR.
3. Membantu mengatur program pelajar dan masyarakat dengan penduduk setempat.
4. Menyelaras permohonan pelajar NR mendapatkan tempat tinggal di kolej kediaman jika ada kekosongan bagi mereka yang layak sahaja.
5. Membantu persatuan NR menjalankan aktiviti dengan pihak yang berkaitan.
6. Memantau dan memelihara kesejahteraan pelajar NR.
7. Menyediakan khidmat nasihat penyewaan rumah seperti kontrak/perjanjian sewaan, kadar harga rumah yang bersesuaian, lokasi rumah dan kawasan persekitaran yang selamat serta cara-cara memilih rumah sewa.
8. Membantu pelajar sekiranya berlaku kes-kes kecemasan seperti kemalangan, kecurian, jenayah (sivil/syariah), masalah kesihatan dan pemberian insentif kepada pelajar yang layak.
9. Menyokong permohonan insentif makanan pelajar diploma dan stiker kenderaan pelajar NR.
Dengan adanya Unit Pengurusan NR, diharap ia dapat melancarkan urusan penempatan, perumahan dan kebajikan pelajar NR.
PEGAWAI PEMBANGUNAN PELAJAR NR
Pegawai Pembangunan Pelajar NR adalah individu yang bertanggungjawab ke atas program pembangunan pelajar NR. Antara perkhidmatan yang diberikan oleh PPPNR :
1. Menjadi perantara di antara pelajar NR, tuan rumah, masyarakat dan Pihak Bekuasa Tempatan dalam urusan program-program, perbincangan dan pertemuan berkala serta urusan hal-hal permasalahan.
2. Membantu UPNR mengurus hal-hal berkaitan kebajikan pelajar NR / urusan dengan tuan-tuan rumah / Pihak Berkuasa Tempatan.
3. Membuat rondaan dan pemantauan berkala di kawasan perumahan sewa pelajar bersama-sama Pihak Keselamatan UiTM, Jabatan Agama Islam, JKK dan Persatuan Penduduk.
4. Sebagai penasihat aktiviti-aktiviti Pelajar NR.
5. Sebagai penyampai maklumat semasa Program Pemantapan mahasiswa.
Pegawai Pembangunan Pelajar akan membantu anda 24 jam sehari. Sila hubungi PPPNR atau Unit Pengurusan Non Resident sekiranya para pelajar NR menghadapi masalah.
PESANAN KEPADA SISWA/SISWI NR
Siswa/siswi yang tinggal di luar (NR) adalah sebahagian daripada masyarakat luar yang tinggal di sekitar kawasan perumahan berhampiran kampus dan sebagainya. Imej saudara/saudari ini mencerminkan imej UiTM. Penampilan saudara/saudari kepada masyarakat akan menjadi tontonan dan akan dinilai oleh masyarakat setempat.
Imej yang baik disamping prestasi dan graduan yang berkualiti adalah amat penting dari segi menjaga ‘pasaran’ untuk siswazah sesebuah Universiti seperti UiTM. Justeru, demi kepentingan bersama adalah menjadi kewajipan semua warga UiTM untuk sentiasa menjaga imej dan nama baik Universiti.
Adalah diingatkan bahawa siswa/siswi NR adalah sentiasa tertakluk dengan Akta 174 di sepanjang pengajian sebagaimana yang termaktub di bawah Akta 174, Bahagian ll : tatatertib Am,
Para 3:
Seseorang pelajar tidak boleh :-
a. Berkelakuan sama ada di dalam, di luar kampus secara yang boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan, kesentosaan atau nama baik di Universiti, atau kepada kepentingan, kesentosaan, atau nama baik mana-mana pelajar, kakitangan, pegawai atau pekerja Universiti atau ketenteraman, atau keselamatan awam, atau kepada akhlak, kesopanan atau tatatertib.
b. Melanggar mana-mana peruntukan undang-undang bertulis di dalam atau di luar kampus.
Para 24:
Jika seseorang pelajar tidak mematuhi atau melanggar sesuatu arahan atau kehendak yang sah yang diberikan atau dibuat oleh mana kakitangan, pegawai atau pekerja Universiti yang diberi kuasa untuk memberi atau membuatnya, maka pelajar itu adalah bersalah atas kesalahan tertib.
Acara Tatatertib
Para 46:
Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau mana-mana dua atau lebih akan disatukan sekali:
a. Amaran.
b.Denda tidak lebih daripada RM200 (Ringgit Malaysia Dua Ratus).
c.Penggantungan daripada mana-mana atau daripada kesemua kemudahan-kemudahan Universiti selama tempoh ditentukan.
d.Pengekslusian darpada mana-mana bahagian Universiti selama tempoh yang ditentukan.
Pembuangan daripada Universiti.
PERINGATAN KEPADA PARA PELAJAR NR
Semua pelajar NR diwajibkan mendaftar maklumat anda di dalam sistem e-NR. Sistem ini boleh di akses melalui Sistem Student Portal anda. Antara perkhidmatan yang ditawarkan di dalam Sistem e-NR seperti:
* Pemohonan Stiker Kenderaan Pelajar NR.
* Permohonan e-insentif kepada pelajar yang layak.
* Direktori rumah sewa.
* Bantuan Kewangan (e-zakat)/dermasiswa.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat Unit Pengurusan Non Resident.
Alamat perhubungan :
Unit Pengurusan NR,
Pejabat Kolej Kediaman,
UiTM kampus Samarahan,
94300, Kota Samarahan,
Sarawak.
Pegawai untuk dihubungi :
En Roslee Ah Nen Abdullah.
Penolong Pengurus Asrama / Unit Pengurusan NR (UPNR)