FESTIVAL BUDAYA
ANTARA FAKULTI (FESTBAF V3.0) 2019

Syarat Dan Peraturan Pertandingan Festival Budaya Antara Fakulti (FESTBAF V3.0) UiTM Sarawak 2019

SYARAT DAN PERATURAN UMUM PERTANDINGAN FESTIVAL BUDAYA ANTARA FAKULTI (FESTBAF) 2019 EDISI 3.0

Sila baca dengan teliti syarat-syarat berikut:

  1. Terbuka kepada semua pelajar UiTM Cawangan Sarawak yang masih dalam tahun pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda berstatus sepenuh masa sahaja.

  2. Setiap fakulti hanya dibenarkan menghantar seorang wakil/satu kumpulan bagi setiap kategori.

  3. Pelajar yang telah bertaraf profesional di dalam kesenian dan kebudayaan adalah tidak layak menyertai pertandingan ini.

  4. Peserta dibenarkan membawa dan menggunakan alat bantu/props yang bersesuaian dan tidak mendatangkan bahaya atau mengganggu diri sendiri atau audien semasa pertandingan berlangsung. Penggunaan peralatan mestilah releven dengan tema persembahan namun bergantung kepada kreativiti peserta. Kesemua peralatan adalah di bawah tanggungjawab masing-masing.

  5. Sebarang kehilangan atau kerosakan barang-barang, kecederaan dan kemalangan yang berlaku sepanjang pertandingan yang disebabkan oleh kecuaian peserta adalah di bawah tanggungjawab masing-masing.

  6. Setiap kumpulan hendaklah menggunakan busana yang bersesuaian dan mematuhi peraturan sahsiah rupa diri. Penganjur berhak untuk menghalang peserta yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

  7. Semua perbelanjaan sewa/pembelian peralatan, kostum, hiasan dandan adalah di bawah tanggungan kumpulan/fakulti masing-masing. Tiada sebarang tuntutan kewangan boleh dibuat kepada pihak penganjur.

  8. Penilaian bagi Juara Keseluruhan adalah berdasarkan jumlah mata yang telah dikumpul. Piala pusingan hanya diberikan kepada pemenang bagi juara keseluruhan. Penilaian bagi setiap kategori adalah seperti berikut:

    • Juara - 10 mata
    • Naib Juara - 8 mata
    • Ketiga - 5 mata

  9. Peserta mestilah melapor diri sekurang-kurangnya 30 minit sebelum pertandingan. Pihak penganjur boleh mengubah mana-mana syarat yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa dan berhak membatalkan penyertaan peserta yang melanggar syarat dan peraturan pertandingan.

  10. Tarikh tutup penghantaran borang penyertaan adalah pada 4 NOVEMBER 2019 (Isnin) jam 4.00 petang di Pejabat Am, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kampus Samarahan/Samarahan 2

  11. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

SYARAT DAN PERATURAN UMUM FESBAF 2019

BORANG PENYERTAAN FESBAF 2019

SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN PERARAKAN CITRA BUDAYA
SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN NYANYIAN BERKUMPULAN NASYID KONTEMPORARI
SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN PANTUN
SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN DEKLAMASI PUISI
SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN NYANYIAN RAP
SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO/DUO
SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN TARIAN KREATIF
SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN TARIAN MODEN
SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN TEATER
SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN MUZIK BAND (SARINGAN)
SYARAT & PERTANDINGAN BANK MUZIK (AKHIR)


Jadual FESTBAF2019

Jadual FESTBAF2019